Monday, June 24, 2013

bangkit dari jatuh .

aku tanak membesar boleh tak? dunia orang dewasa kan bosan .


Bila dah besar, semua nya bosan. kita belajar pun makin tinggi, makin tinggi jugak harapan orang dekat kita, makin tinggi jugak harapan kita untuk pergi jauh. Tapi bukan semua harapan dapat dicapai. Mungkin kalau jatuh sekali, kita boleh bangun semula. Tapi aku takut, aku takut aku jatuh. aku nak bangun balik. aku terasa segalanya berubah bila aku naik form. mungkin orang cakap, biasalah kalau drop exam awal-awal ni.

tapi kenapa budak lain boleh ?

kenapa aku tak boleh ?

aku perlukan masa yang lebih. kalau boleh, aku nak dunia ni 54 jam sehari, nak masa ni berjalan lambat. Tapi kita sebagai hamba kena patuh. Kita kena laksanakan tugas kita dalam masa yang singkat ni. aku terasayang aku kekurangan masa. dan aku tak pandai mengejar masa sepertimana orang lain buat.

aku mesti bangun ! bangun !




aku tak mahu lagi perkataan FAIL dan E dalam buku grade permakahan exam.

aku tak pernah dapat macam tu, dan bila aku terkena sekali, macam terkena satu tamparan hebat dekat muka ni. aku kena bangun.

ingat, satu harapan yang boleh buat aku berjaya, belajar ke Jepun. satu-satunya impian yang masih belum tercapai dan insyaAllah akan tercapai ! aku perlu membangun, membesar dan tunjukkan kebolehan diri ni.

ya Allah, aku perlukan kekuatan untuk bangun .

terima kasih Ya Allah :'|


No comments:

Post a Comment