Saturday, August 25, 2012

{One-shot FanFiction} Baby Im Sorry



Character ; Hyume , Minako

Synopsis ; “Awak tahu tak yang sebenarnya separuh daripada badan  saya telah berpindah pada awak ? Saya tak nak meraih simpati cuma saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak” 




Aku melangkah masuk ke bahagian belakang pentas kerana dengan cara ini sahaja aku dapat berjumpa dengan dia.Hyume pasti terkejut dengan kehadiranku kerana sudah lama kami tidak berjumpa.Sudah lama perasaan rindu berpaut dihati aku.

“Er……”hatiku seperti dicarik-carik. Mulut terkesima seketika.

“Eh!”Hyume melepaskan tangannya dari perempuan yang tidak aku kenal sama sekali.

“Maaf menggangu!”aku terus keluar berlari anak sambil manik manik jernih mula terurai membasahi pipi.




Kenapa aku cakap maaf tadi ? Apa salah yang aku buat selama ni ? Pernah ke aku sakitkan hati dia ? Kenapa aku datang pada waktu yang salah ?

Kepalaku ligat memainkan soalan-soalan tersebut berulang-ulang kali.Seperti tidak percaya apa yang dilihat tadi.Perasaan kecewa semakin menjadi-jadi apabila membaca mesej yang baru diterimanya sebentar tadi.

Hyume : Maaf. Saya tau awak nampak semuanya tadi.
Hyume : Boleh kita jumpa esok ? macam biasa , dekat Gwangje Street , pukul 11 malam .

“Maaf? Ayat semudah tu je kau boleh cakap? Hati aku ni bukan konkrit macam kau” kepala masih ligat memikirkan apa yang akan berlaku esok.

“ Apa akan berlaku pada hubungan kita ? Siapa perempuan tersebut ? Pengganti diriku ?” Akhirnya aku tertidur di tepi tingkap akibat terlalu letih keluar sepanjang hari.




Jarum menunjukkan tepat 10.30 di jam tanganku.Nampaknya Hyume belum sampai lagi.Aku singgah ke kedai serbaneka yang berdekatan untuk membeli dua cawan kopi panas.

Setelah hampir setengah jam menunggu,tiba tiba bahu ku ditepuk seseorang.Aku memalingkan pandangan dan ternyata seorang insan yang segak telah terpacak dihadapanku.Perasaan sakit hati bercampur dengan perasaan rindu apabila merenung wajah tersebut.

“Anyeong”

“Anyeong oppa”

“Erm maaf lewat”

“Tak apa.Nah kopi, saya beli tadi.Dah sejuk dah”

“Oh, gomawo”

Suasana sungguh tegang. Aku tak tahu apa yang perlu diungkapkan dari mulut ni sebenarnya.

“Maaf lah jumpa Min malam-malam macam ni, tapi saya ada benda nak bagitahu awak”

“Eh tak apa.Lagi pun dah lama Min tak jumpa Hyume”

“Tapi mungkin ni kali terakhir untuk kita berjumpa macam selalu”

Tiba-tiba Hyume berkata begitu.Alangkah betapa bulatnya mataku memandang Hyume setelah mendengar ayat tersebut.

“Hyume, apa awak cuba sampaikan ni?”

“Min, saya tahu saya memang bersalah. Saya dah menyakitkan hati orang yang saya saying.Tapi ada lagi orang yang Hyume lebih sayang  daripada Min sebenarnya”

“Hyume, apa awak cakap ni? HYUME !”

“Min, Hyume rasa jalan yang terbaik ialah . . . “

Hyume mendiamkan kata-katanya. Terasa seperti  hendak terbakar telinga ini untuk menyambung mendengar kata-katanya yang sudah boleh di agak dari mimic mukanya.

“Berpisah? Itu yang Hyume cuba ungkapkan?”

“Mianhae. Saya bukan lelaki yang terbaik untuk Min”

“Tapi kenapa? Kenapa? Apa salah Min selama ni? Min sentiasa sokong Hyume walaupun Min duduk jauh”

“Tapi Hyume dah tak rasa lagi perasaan kita macam dulu”

“Tapi Min masih sayang. . .”

Kali ini aku pula yang tidak dapat menyambung kata-kata tersebut. Aku mula menahan kelopak mata ini dari menjatuhkan air mata di depan lelaki yang telah menyakitkan hati aku.

“Tak apa.Saya tahu dari dulu lagi yang selama ni saya bertepuk sebelah tangan.Lagipun cincin tu pun Hyume dah tak pakai lagi.Saya perasan.Saya faham.Saya mungkin bukan yang terbaik.Saya tau ada orang yang lebih laju daripada saya, yang lebih dekat dengan Hyume"

“Min”

“Terima kasih atas apa yang dah berlaku sebelum ni.Terima kasih kerana jadi ‘first love’ saya”

Tanpa menghiraukan insan di hadapanku, aku terus meninggalkan dia bersendirian.Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hanya air mata yang menemani ku.Kini baru aku faham bertapa sakitnya bercinta.Aku tidak lagi percaya quotes ‘cinta pandang pertama’ kerana ‘first love’ aku sangat mengecewakan.





Sudah hampir tiga minggu aku tidak keluar dari bilik. Hampir tiap-tiap hari kakak memanggil namaku dari luar tapi aku hiraukan. Aku tak mahu berjumpa dengan sesiapa pun lepas kejadian itu. Rasa kesian pada kakak pun ada juga.

“Min. Dah la tu, kakak risau lah Min macam ni. Keluarlah”

Aku tidak membalas.

“Min, tolonglah jawab walaupun sepatah”

“Kakak jangan risau, Min okay” aku akhirnya mengalah.

“Min ! Tolong keluar dari bilik please , Im begging you”

Setelah satu jam kakak senyap memanggilku, kini aku dengar seperti ada suara-suara orang lelaki di dalam rumah.Mereka beberapa kali cuba memutar-mutar tombol pintu bilik ni.

“Tak kan lah kakak suruh mereka membuka pintu bilik ni?”aku bercakap dalam hati.Dalam pada risau mereka membuka pintu, aku terasa lapar yang teramat sangat lah lapar akibat mogok didalam bilik.

“Hmm, bekalan hidup sudah habis”aku menyemak kotak makanan di bawah katil.

“Prakk!Prakk ! PRAKKK !” tidak, mereka berjaya memecahkan pintu bilik ini.
Cepat-cepat aku menyelubungi badan dengan selimut tebal.Aku terasa kakakku memelukku.

“Kakak, sorry”aku mengungkapkan rasa bersalah kerana membuat kakak kesayanganku risau.

“Min, lain kali jangan buat macam ni okay. Ada masalah, share dengan kakak, bukan macam ni caranya”

“Sorry again”

“Kakak keluar dulu ya. Ada orang nak jumpa Min”

Ada orang nak jumpa? Kali ini aku menurunkan selimut ku hingga paras hidung kerana ingin melihat muka insan manakah yang ingin berjumpa dengan budak ini.

“Min, mianhae”

Aku terus menutup muka dengan selimut semula.

“Min, saya rasa bersalah. Tolong jangan buat macam ni lagi, kami risau”

“Oh rasa bersalah? Baru sekarang lah nak rasa bersalah? Bila orang datang jauh-jauh untuk jumpa tapi orang tu mengelak, tak pulak rasa bersalah kan?”

Aku memerli Hyume dengan nada yang sinis.

“Hyume memang bengap. Hyume memang tak tahu cara nak appreciate Min yang selama ni sayangkan Hyume”

Aku ketawa kecil di dalam hati mendengar perkataan bengap yang keluar dari mulutnya. Tahu pulak dirinya bengap sakitkan hati rapuh ni.

“Min sanggup fly dari Japan time cuti panjang semata-mata nak jumpa Hyume.Tapi malangnya Hyume selalu mengelak untuk jumpa Min”aku mula tersedu.

“Min, Hyume mintak maaf! Hyume tahu Hyume salah sangat-sangat”

“Dah banyak kali tau tak. Awak ni memang jahat!”

Aku teresak-esak mengingat kembali yang aku telah datang ke Korea setiap kali cuti panjang demi berjumpa dengan boyfriend yang jauh.

Hyume hanya senyap diselubungi rasa bersalah.

“Awak tahu tak yang sebenarnya separuh daripada badan  saya telah berpindah pada awak ? Saya tak nak meraih simpati cuma saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak”

“Apa maksud Min?”

“Hyume, sebenarnya, masa awak koma haritu, sayalah yang menderma darah dan buah pinggang saya yang satu lagi ni pada awak.Sebab tu awak selamat sekarang”

“Min, are you serious?”

“Hyume, Min mana pandai buat lawak”

“Min! How come I don’t know about this?”

“Memang saja Min rahsiakan sebelum ni. Min suruh parents Hyume rahsiakan jugak”

“Tapi kenapa Min?”

“Sebenarnya, organ yang dihantar dari hospital lain tu sudah hancur ketika perjalanan ke Seoul pasal telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Jadi, orang yang paling terdekat yang sama type darahnya dengan Hyume hanya lah Min. Dan Min ternyata ikhlas menderma organ Min pada Hyume”

Hyume masih senyap. Air mata lelakinya sudah pun minitis di lenganku.

“Pasal Min sayang Hyume.Min tak mahu lihat Hyume mati meniggalkan Min. . . . . . .Aishiteru”

"Min, Hyume tak tau macam mana nak cakap dah. Im totally speechless"

"Erm, dan satu lagi Hyume perlu tau.Walaupun Hyume cakap banyak kali perkataan mintak maaf, Min tak akan terima Hyume semula"

"Min, kenapa?"

"Min memang dah tetap dengan pendirian Min. Sorry Hyume"

"Min. . . baby, Im sorry"






#Terima kasih pada yang sudi membaca . Baru nak belajar buat one-shot  lalala ~ oh ye, btw charachter Hyume and Minako tu Original Character (OC) aku . Kalau nak tgok gambar diorang, tekan buatng 'Artwork' dekat atas tu. Bye O/

Yang menaip ,
Kim Heedida

2 comments: