Saturday, March 16, 2013

Painful inside my deep pink heart .



Im back writing again on this blog after abandon it for a long time .
It's not that I don't like blogging anymore but it's because I'm totally busy with school now.


21.1.2012

Hari pertama dekat sekolah baru, yang turut menawarkan asrama. Yea, memang agak excited sikit nak masuk asrama lagi-lagi bila tengok semua adik-beradik aku masuk asrama sebelum ni. Sampai je sekolah, nampak ada beberapa pelajar tengah tunggu giliran untuk mendaftar. Semuanya kita kena urus sendiri. Ibu bapa pergi dekat dewan dengar ceramah Bonda. Orang pertama yang aku tegur, Najwa a.k.a Wawa. Aku agak awkward lah jugak tapi wawa friendly gila and dia suka senyum, nampak cun. Tup tap mendaftar, aku pun pergi koperasi untuk ambik barang yang dah dibayar dekat depan tadi.

Dekat koperasi pulak, memang banyak lah barang kena ambik. Set LK, buku tulis and modul, baju bla bla bla sumelahhh. Aku macam still tak percaya aku masuk teknik time tu lagi-lagi bila aku tengah beli set LK. My feeling at that time was like 'biologyyyy, Im gonna miss you!' . Masa ambik barang, kaunter tu dijaga dengan dua senior and sorang tu rupanya sama kelab Tennis dengan aku. After hal koperasi, aku pun start explore nak pegi asrama sekolah.  Tapi, bukan sorang-sorang, dengan Kak Jannah. Dia la yang tolong bawak barang-barang tu. Aku agak malu untuk suruh dia bawak tapi zahirnya, barang tu semua memang berat nak bawak sensorang -.- boleh putus tangan agaknya kalau bawak. K tipu. Masa masuk, aku macam ohhh camni asrama. Ada 20 katil and aku macam ' fuyooo bapak ramai o.o ' . Dah letak barang semua, aku pun ajak mama keluar. Aku tak tegur pun dorm mate aku pasal semua tengah sebok berkemas. Kebetulan, wawa pun satu dorm dengan aku!

Petang, lepas je parents aku balik, aku pun krik krik je masuk asrama. Tengok semua budak katil bahagian depan tengah berkumpul dekat katil, berborak. Aku pun join jelah. Then dari situ aku kenal Intan a.k.a Pinku, Zaty, Jihan, Qalis, Pizah, Wati, Iman and Tirah. Kitorang pun pegi dewan makan sama-sama on that day. Tetiba je semua jadi rapat, macam dah kenal lama. Intan lah paling kelakar, selalu buat orang gelak and memang lawak tak pernah nak straight, merapu habis. Sumpah aku asyik gelak duduk dengan diorang. Sama macam dekat sekolah lama dulu, aku lah tukang gelak segala lawak dia dunia ni. k tipu lagi.

Start pada tu, kitorang rapat jugak lah. Dorm 1 ni hampir semua suka buat lawak sengal. Sebab tu kitorang bising. Bisinggg sangat. Sebab tu jugak la kot senior kadang-kadang macam marah je dengan kitorang :\ tapi nak buat macam mana, semua sebenarnya boring and takde something untuk layan. So nak release tension dengan jokes je lah. Besttt sangat DORM 1 ! terbaikk ! Time orentasi petang,pagi,malam pun kitorang macam kecoh jugaklah. Orentasi petang best pasal ada Kak Sya! Kakak KPOP STTJ. woohoo. Dia and abang Faizzudin facilitator aku. Group 7, ada Meta, bila kata buat moto group, metsi dia asyik suruh buat belah kangkang. Kitorang pun macam 'buat lah Meta,kitorang mana tau benda tu semua -.-' HAHA tapi dia baik. Group 7 semua nya bebaik je ahli dia lol termasuk lah aku kann :p Malam LDK asrama. Dorm 1 seperti biasa, bersemangat bab-bab lawan kasut paling tinggi,kumpulan baris paling panjang, letak batu-bata paling kukuh. Tapi semua tak menang. HAHHAHA. tapi kitorang sengal macam mana pun, kitorang takde lansung bawak benda dilarang dan buat muka ketat dengan senior. Tapi still ada certain senior yang nak pandang kureng dekat kitorang. Sangat pelik dan boring -.-



Tapi ada dua orang senior yang aku rapat dan mereka sangat cool. Diorang suka j-pop and no wonder lah diorang sangat cool and sporting. Kak Fieqa and Kak VG. Aku start tau bila dia selalu muncul kat wall Kak Sya. Aku agak curious then bila stalk, satu sekolah rupanya! Patutlah insticnt aku selalu nak tengok je muka akak-akak ni. Aku suka tengok muka diorang and asyik gelak time kak Fieqa buat demo solat dengan kak Fatin. Aku tengok akak tu macam sempoi je. Walaupun aku jarang borak dengan diorang, tapi diorang lah menyebarkan virus nickname SOYA. mwahaha. Diorang selalu ajak pegi G.I time malam, lepas tu borak-borak. Tapi aku ni pemalu -.- ngeeeeee . Kak Fieqa suka buat muka kat aku kalu aku buat peace ke apa HAHA. Dia sangat sempoi. Dia suka spongebob. Dia selalu cakap 'aku suka budak ni, aku sukaaa' so aku rasa macam alahai baiknya akak Fieqa ni. Dia jugak yang tolong aku masa duit hilang. Baiknyaaaaaaa, ada ke dia kasi aku rm50 untuk bayar apa-apa minggu tu. Aku rasa macam agak touching sikit hehehe. Jumaat tu pun masa aku keluar lambat dari kelas, dia cakap 'Soya,cepat lah soyaaa'. HAHAHA kelakar lah kak Fieqa ni. Kak VG pulak comel je, dia baik je. Aku selalu jugak lah cakap dengan dia. Dia suka Hakuto ! Kak Fieqa madu aku, suka Taiga! Kak VG penah buat flying kiss masa aku kasi choc cake dekat diorang. hahahah kan comel je diorang ni.



Few weeks later .



Dan semakin berminggu dekat sana, aku rasa yang diri aku ni tak boleh nak belajar dekat sana. Aku yang jarang-jarang sekali tidur dalam kelas ni terus jadi budak yang selalu tersengguk dalam kelas. Ngantuk gilaaaaa. And exam pun muncul, aku baca seratus kali pun, tak masukkkkk dalam kepala ni :( Masa tu aku rasa stress yang menyebabkan aku buat status fb 'Feelin like wanna kill myself'' .

Dengan bilik aku ada histeria nya yang aku hampir hampir nak kena jugak tapi alhamdulillah aku control dan kuatkan diri. Kalau kita kuatkan diri kita, insyaAllah benda tu tak kan dapat masuk. Tapi masa Zaid and Jang buat ruqyah kat aku, aku nangis tetiba dan terus nangis teresak-esak kuat gilaaaa aku rasa. Macam hickup tapi kuatlah. Then, rasa nak muntah. Lepas Zaid check, dia bisik kat Jang , ''benda tu ada atas kepala dia" . Aku dalam hati cakap "what the fiiiiiiiiiiiiiiiiiiiish" . Aku still baca ayat kursi and rabbiyassir wala tuassir dalam hati. Zaid tanya la macam-macam lepas tu dia dakwah aku. Lepas tu dia suruh ulang. Sumpah aku tak ingat lansung apa yang dia cakap kat aku and dia paksa aku ulang lagi. Aku memang usaha nak ingatkan balik tapi still tak dapat ingat. Sampai dia pun feddup ngan aku, Jang pulak yang dakwah. Aku nak nangis je rasanya. Bukan aku mengada-ngada tanak ingat bagai. Sumpah aku rasa masa tu macam ada benda lain yang aku fikir dan tak dapat nak cerita balik apa cerita yang dia cakap. Jang pun start dakwah dia and alhamdulillah, aku ingat pulak. Aku macam rasa nak marah je time Zaid cakap dengan aku. Tapi bukan aku yang nak marah, macam ada something yang kawal diri aku. Lepas dah dakwah semua tu, kak Mawaddah comel gila tu bawak aku balik. Aku macam still tension yang aku pun tak tau kenapa tapi memang rasa sakit hati yang tak dapat nak dikawal. Aku sendiri tension dengan perasaan aku and aku cuba sedaya upaya lawan benda yang cuba nak buat diri aku tak dapat kawal hati sendiri. Maybe benda tu yang buat aku rasa sakit hati secara natural. Tapi macam yang abang Zaid cakap, yang aku ingat sikit , '' selagi Allah tak izin kita nak buat benda tu,nak kena atau apa-apa sahaja yang Allah tak izinkan, mesti benda tak akan berlaku. Tapi kalau memang Allah kata kita patut kena, atau apa-apa yang sepatunya kena atas diri kita, mesti benda tu berlaku " . Jadi tu sebagai iktibar jugak dekat diri aku. Kalau kita kuat, Allah tak akan izinkan benda buruk jadi atas diri kita.



Sejak malam tu, aku asyik depress dan tekad untuk keluar dari sekolah tu. Tapi malangnya ada perkara yang menyebabkan aku tak jadi keluar dari sekolah tu. It's my FUTURE . Aku just fikir pasal masa depan aku yang mungkin akan menyimpang kalau aku balik ke sekolah lama. Aku nak jadi graphic designer. Neither graphic designer nor architect lah. Dan aku jugak selaluuuuuuu sangat dengar cikgu-cikgu aku cakap anak murid diorang pergi oversea macam german and JAPAN. FUTURE and JAPAN je buatkan diri aku sedaya upaya lawan perasaan negative and sentiasa terus berusaha nak menyerlah dekat sekolah baru. InsyaAllah, korang doakan lah aku dapat buat yang d-best ! Ganbatte kudasai ! walaupun aku tak happy sekarang, aku harap masa depan aku akan lebih happy dari apa yang aku inginkan. Even aku nampak gembira macam mana pun, still in a corner of my heart, I'm still depress. And the most important thing is, I dont know why.


BEFORE YOU START A WAR, YOU BETTER KNOW WHAT YOU'RE FIGHTING FOR . 


2 comments:

  1. zati pun selalu mengantuk. hmm boleh je lelap masa cikgu bg explaination dekat depan. sumpah rasa nak marah-marah diri sendiri. kadang rasa nak give up jugak...tp tu lah FUTURE bg semangat dekat zati. Fikir umi ayah dah keluar duit banyak kot. hmm. takpe lah dayah. kita struggle sama-sama. semoga boleh adapt dengan semua ni kan? zati rindu dayah :')

    ReplyDelete
  2. kan zati . masa depan tu lagi penting dari keselesaan sekarang . susah dulu, senang kemudian . rindu zati jugaakkkkk ! zati si budak sri puteri :B

    ReplyDelete